Eksperimen Subjek Matematik & Sains eKelas Maxis
5 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniKelas tambahan eKelas pada minggu ke 5 bagi penggal ketiga kali ini semakin menarik dengan pelbagai aktiviti eksperimen bagi subjek Matematik dan Sains. Aktiviti seperti ini dapat menarik pelajar untuk belajar disamping teori yang diajar oleh guru. Aktiviti ini juga dapat menggalakkan pelajar untuk bekerjasama sesama ahli kumpulan untuk menyiapkan tugasan yang telah diberi setiap minggu.
Setiap tugasan yang dihantar setiap minggu di dalam Portal eKelas Maxis, markah akan dikumpul dan hadiah yang menarik menanti bagi kumpulan yang mendapat markah yang tertinggi. Kelas tambahan secara percuma ini telah diperkenalkan oleh Maxis dijalankan setiap hari Jumaat dan Sabtu bagi subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: